Thursday, June 18, 2009

saya dah berpindah blog

klik pada profile dan pilih blog yg diatas

Saturday, May 30, 2009

mimpi paling nightmare!!!

this has been the 'geli'-est day of my life!!

it was fine day. so far. woke up. take a shower. lunch. back to sleep. huhuhu. later in the evening, ayah's out with akbar, off to somewhere and for sure will be home late. so, mak left with me. we're watching this and that. while watching ANTM, i went to kitchen to get some water while mak stayed in front of tv. somehow, idk how, i just went into my room. here's the catch!

i stepped on something cold, something fluidy and like rope thingy. then i heard some "hissingggg..". i looked down. i saw the head dah mengembang...hssss....


OMG!!!

it's a SNAKE! A REPTILE! AN UDDER! A SERPENT! ULARRRRRRR!!!!!! in my ROOOOOOMMMM!!

terus melompat aku! "AAAAAAAAAAAAA" i was screaming like a girl. i know, i'm a girl. i mean screaming like a real girl.

" MAK! ULAQ !!"

it happened so fast! i was panicking. mak braved herself and asked where was it? i was like " mak, jangan. tunggu orang panggil our jiran first" mak seemed like dont listen and sent me fetching long stick. she decided to searched MR LANTIC. mak asked, what type of it? i was like, " mak, dah terpijak camtu, did i look like i had a second to take a look on it?" all i know that it was black, more than a feet long and GELI!!!

then, i went out, with my short ( the first and the last ) running to neighbour house. then i called for BOMBA. gosh!! lambat nak mati diorang cari umah aku!! poor for us, even my neighbour afraid to even hold the stick and said "takut la mak engku. malam jumaat ni". astonished, i was. such belief!

finally the fire fighters arrived at our home. they took over and dealt with Mr Lantic.

according to mak, mr lantic is ular senduk. still little, but i can sure, it was more than a feet long and thick as a thumb. even uncle bomba pun said, 'kalau patuk ni, bahaya" which means, INNALILLAH! and plus, dia cakap, this could be a sign or anything. aku ngan superstitious ni agak doubtful, but i do believe yang ALLAH jugak bagi petanda untuk things that tend to happened. its just, idw to think bout it. even mak pun cuba get rid of negative thinking. moreover, rumah belakang us ni memang dah macam sarang bela ular. bukan semak samun je, dah macam hutan simpan dah aku tengok. takde gajah and tiger je lagi. that's why aku selalu takut nak lalu kat belakang umah. even to pluck some ulam pun cam nak sprint je aku jalan.

i stood in the kitchen, watching uncle bomba tuh holding the snake with his hand *glove covered of course. and asked for plastic. mak ordered me to get the rice packet and i was so panicked, i scream even when touching beras pulut yang ada dekat area tuh. tapi small scream la. nak handed in the packet pun i was so afraid and geli.

somehow, i still felt the cold, fluidy jello-like under my foot.

seconds to death, it seemed that i've cheated it narrowly.

lepas everything went back to normal (to everyone but me), i was still in trauma. i decided to call a friend of mine. at first i sounded like still panicking but he asked me to calm down and suddenly i've tears coming out from my eyes. i'm not crying, just a little tears cuz i was quite traumatised. call me spoilt-brat or whatever, perhaps why dont we're swaping places and see what you'll do if you'd have had encounter with mr lantic, any type and it was so damn near to you that it just could bite you in SNAP! TWICE!!

benda terpijak ular ni dah dua kali jadi kat aku and same room, same spot. cuma masa je tak sama. ular pun lain. first ular kapak, this one, a cobra.

what? is my room is sarang ular? nak kata messy, i've just cleaned my room and nothing is in it since i've been sleeping in the other room. i mean, kalau dia dah bersarang whatsoever, i'd discovered it while having a complete clean up in my room.

trauma, indeed! nak masuk bilik pun still cannot. cuak lagi!!!

geli tau tak. and seeing mak braved herself up to protect both of us. SAYANG MAK!! eventhough i was like " MAK!! JANGAN LA CARI ULAQ TU!! TUNGGU LA BAGI SESAPA SAMPAI" tapi she did, and got it! SAYANG MAKKK!

then, we talked on how did even a snake managed to get inside thru the kitchen? is it the backdoor or the toilet? only mr lantic knows. tapi backdoor ade selak kat bottom. maybe time mak opened it to pluck some ulam. or thru the toilet yang ada lubang kecik. i supposed it can fit thru.

while dealing with the horror, i texted ayah and one of my bro, amin, telling them what had just happened. even i sempat texted to N. horrified!

OMG
camne nak masuk bilik ni? dah la semua barang dalam tuh. even my purse. arghhh..




+ be careful! and clean up your home, even on the outside +



Tuesday, May 19, 2009

ohh..bulann...

wth is wrong with myspace??

its 2 in the morning, n mata tak nak tutup lagik..

currently, ngah nengok macam macam aznil. season 1 or 2. ntah la. tapi its not recent season la. aku suka tgk season 1, 2 ni cuz yg current season pada aku tak best. lawak cam kureng. sama la cam yang lain. OMG. mane onetreehill??

onetreehill is like the best show ever. it never makes me bored. lucas!! come to mama cepat!! hikhik. dah la season lepas dah ter-missed. what happenedd to peyton already?

anie ym-ing tadi, tanya plan cuti ni. dia cuti for a month. aku. almost two months. so..besides my planning, dia tanya la pe lagi plan yang dia boleh involve. dah lama tak hangout. rindu la tuh. huhuhu.

planning nak gi tengok syurga cinta. tapi not sure yet. and jogging! kak lini said, she likes the way i look now. i was like.. errr...mekacehh. jap jap ada yang cakap i'm gaining some kilos, jap jap ada yang cakap, "hang tak makan ka put? awat? diet?"..aiyookk..


dah la. nak pi perabih buku ayn rand tuh...

poket kusung...

bila plak aku nak kaya?

Saturday, May 16, 2009

happy teachers' day


SeLAMat HarI gUrU :)


Monday, May 11, 2009

tiada tajuk?

aku taktau nak taip pe for this entry.
sebenarnya hati tengah panas..

last time aku online, aku found out ada satu firm renovation and design kat pekan kangar. lepas gather info, aku mula planning nak gi usha firm tuh. plus, aku teringat, nak buat IC baru cuz old IC memang tak menggambarkan ciri-ciri kecumelan aku pun.

aku pun plan gak, nak gi tengok wayang kat a.star @ jitra, filem 'syurga cinta'. first impression, not bad la. lagipun leh lepas gian tengok wayang kan? nak tengok jangan tegur, aku terbalik perlis awal. gi pacific time kat kulim hari tu, tak tengok wayang pun cuz dak dak lain dah tengo dah semua citer yang aku nak tengok. abeh sangat, tunggu syurga cinta tu la. nak tengok gak, heliza reti berlakun ke tak?

baru-baru ni jugak aku ada buat prank kat kawan-kawan, and they fell for it! hahahahah

salam..jemput dtg ke mjlis pertunangan sy pada 31jun ni..dtang ye..jemput sekeluarga..

boleh bayangkan tak lepas tu jadi pe? hahahahah. isa call ots. same with izat. and others. semua mesej yang reply..

biar betul putri???

aku pun dengan hati keringnya menyuruhla kawan-kawan yang totally innocent and blurr ni gi check kalendar. takut ada pe-pe yang menghalang kehadiran diorang hari tuh. kunun-kunun, kehadiran diorang ni amat penting la buat aku. lepas kiraan 5seconds..

kuangjaqqqq!
najis hang putri!!
takpa, takpa..aku kenakan hang balik!
bulan jun mana de 31! binawe!

dan seterusnya..ada yang percaya bulat-bulat sebab tak ikut cakap ku tengok kalendar. lepas aku xplain, semua cam nak tembak aku je. hahahahaha. gotcha! to all my friends yang terkena tuh, i'm so sorryy!! tak buat dah!! aku pun sebenarnya terkena dengan kiwan, member plkn aku. tup-tup dia antar IM kat aku camtuh, aku pun bapak cuak la. then, dia suggest buat prank kat member aku. then i did it.

ramai tul member lelaki yang sayang kat aku ye.hahahahahaha. pandaikan aku berlakun???



p/s..hafal balik jumlah hari dalam bulan!

Saturday, May 9, 2009

when things are changing..

i've noticed that, when time files by, ada yang berubah.

i think i know someone, but boy, she/he proves me wrong. perubahan yang ketara. aku seorang yang lurus bendul. so, kadang-kadang, aku tertipu by the looks. i mean, macam tak percaya sebab aku selalu tengok pada luaran.

ada yang buat aku slightly irritated, annoyed and so damn menyampah. ada yang buat aku terkejut n ada yang buat aku hairan. but hey, its life? i've stop judging people without getting to know them and instead, selagi dia tak buat salah dengan aku, apa yang dia buat, none of my business. 'sekembalinya' aku kat kulim really surprises me. aku tak expect anything big. cuma, memang perubahan itu jelas depan mata.

hey, aku tak kata perubahan yang terjadi baik atau buruk, cuz i do think, aku pun dah berubah.

terus terang, the changes were getting on my nerves. i mean, for sure, i cant live with that kind of changes. aku tak biasa dengan things they do, and aku tak belajar pun untuk biasakan diri. tapi, my prayers still go to them.

huh~
i dont give a damn if you're saying aku kolot.


p/s..ada orang datang ketuk pintu hati. nak bukak taknak?

umah..masak..aku?

boleh harap ke aku masuk dapur n masak memasak?

hikhikhik.
tengokla. aku banyak planning nih. masak memasak tak including pun. huhuhu.

sampai dari kulim petang tadi. ingat nak balik sampai kangaq on my own. tapi ayah sebok gak nak amek. aku pulak turun aja dari bas, terus mabuk. mabuk jalan k? so, otw balik kangaq tuh, memang aku tido!!

naseb baik dr.nasir on wifi..
leh aku men tenet..

dah..
nak pi nyanyi jap..

oh bulann...
enggan melayani diriku...



p/s.. rindu aku terubat!

Thursday, May 7, 2009

cuti..holiday..yehuuu!

at present, aku kat kulim. lepak kat sini for perhaps few days. maybe this saturday or sunday balik perlis. datang sini jumpe member2 poli and pick up few things yang aku tertinggal dulu.

letih. and shockingly, aku bangun awal semenjak dua menjak ni. selalunya liat. huhuhu.

ni pun pinjam laptop syud, aku tak bawak laptop datang sini. and tonite, aku tidur kat dalam kamsis poli selepas diseludup masuk seperti pendatang asing petang tadi. nasib baik syud orang yang berpengaruh besar kat sini. so, dia dah rancang plan yang cukup jahat untuk disguise aku.

k..letih sangat nih!

Thursday, April 30, 2009

who is john galt?

54pages and still counting!

recently when i went to kl, noremon gave me a novel. not as thick as HP though, but the fonts are really damn small, rosak lagi la mata aku cuz nak fokus benda kecik-kecik ni leceh bagi budak specky like me.

ayn rand
atlas shrugged

that's the book. noremon said that if i've done with it, i'll know how economic works in this hectic world.

"who is John Galt?" could you answer that?

macamana aku boleh tergerak hati nak baca buku ni? i've been planning not to abandon marketing. aku ingat on my own, i want to read marketing cuz though i'm an ID student, marketing is still an intriguing subject to learn. aku tak perlu ada sijil pengesahan dalam bidang marketing, just enough untuk aku tahu what is marketing and the whole of it. economic is related to marketing. so, why dont i learn both? lagipun dari aku duk bising-bising bout being boring dan taktau nak buat apa kat bilik ni, baik aku kayuh slow-slow buku ni.

i believe, if i can finish HP last book, i can finish this too.

1080pages. you can do it puteri!

i admit that i a reader. whenever i'm in MPH, Popular, i cant help myself to grab a book -novels mainly- and got myself in front of the cashier.

noremon bagi this book pun becuz i've been complaining bout wanting a new book to read cuz i've done with my old ones. plus, aku dah lama tak keluar ipoh. so, dah ada chance kat big city, why dont pegi beli? tapi instead of buying new one, aku amek buku ni n bring back to uitm with me.

mula-mula perit jugak la nak baca cuz aku lebih prefer novel fiction such as confession of a shopaholic rather than novel yang ada unsur eco macamni. first page, aku baca the whole page, and went to sleep. the next day, the same thing happened. tapi when i reached page 14, the book's growing on me. but not so fast, ada thousand pages lagi to go. so far, interesting. "who is john galt?"





p/s..where there's a will, there's always a way ;)

Monday, April 27, 2009

if i'm ugly then so are you, so are you

entri kali ni perhaps, a little emo-ish n touching. but, still, its from meself

i never really have given much thought whatever people thinks bout me. all that i really know, i act as myself.

i dont really the look, neither any style. not that i dont want to have any of those but i dont feel comfortable to live atas judgement orang and be not happy bout it. hidup ni, jangan ambil pusing cakap-cakap orang, cuz selamanya takkan satisfied dengan apa yang kita buat. take only the good ones and leave others behind. lagipun, mulut orang bukan macam mulut tempayan, boleh ditutup.

aku lebih selesa seperti sekarang. aku tak kisah if there's no guy gonna look at me, instead, yang diorang mengorat ialah budak sebelah aku. beauty ni wont last forever if you dont have the inner to go with it. at least, pakcik atau abang2 kat kafe or tempat lain, take la nak kacau aku. tak kena ambil kesempatan. i've heard tons of complaints, sengaja bagi duit sambil pegang tangan la, mintak number phone la. memang la best dapat attention dari orang lain, kadang-kadang for some people, bila kena ayat, diri tu terasa lagi confident -sebenarnya perasan je lebih- sebab terasa diri tu cantik.

for me, aku takde masa nak ada maintenance untuk those kinds of stuff. cuma kumpul handbags, kasut n some clothing sikit sikit. itupun, whenever i have budget for them. if not, aku selesa dengan apa aku ada.

as far as i concern, she was beautiful. even noremon said, kalau dia ada, mesti ramai yang nak mengurat dia. who is she? she's my late sister. aku tak berpeluang untuk kenal dia. tapi from others -mak,cousins,brothers- she's perfect. cantik, pandai n rajin. aku tak tau if aku ada ciri ciri tu. rajin tuh amat terpesong la cuz among family, aku ni pemalas.

sometimes, aku terasa jugak bila orang tak layan aku cuz of my look. macam didiskriminasikan. alah bisa tegal biasa, macam dah lali for those. whatever pun, aku tetap manusia kan? perasaan tu tetap ada.

kalau ada orang suka kat aku, mesti aku tanya mamat tuh, what so special bout me sampaikan you like me so much? jawapannya? biarla i'm the only one to know.

beauty is subjective. it depends on how do you want to see the beauty. one maybe dont have an hour glass figure and angelina jolie face to go with it, but perhaps, there's something else she's got to offer. buat apa, mekap lawa-lawa, tapi nak angkat plastik berat sikit taknak,sebab takut kuku patah. eww~ lari 5meter, dah termengah macam lari sebatu n topup pun mintak bf tanggungkan. nak tanya, confirm ke bf tu jadi suami?

aku tak pernah risau tentang diri aku. i know i'll survive no matter how, even when aku terasa amat down, n wanna give up, aku tetap teruskan. friends said, aku ni sort of brutal, a bit kasar macam lelaki. i ignore that. aku rasa bukan time lagi untuk aku nak abiskan duit beli maybelline, sk II, m.a.c and all those stuff. insyaAllah, time aku dah ada duit sendiri, aku spent la some on those. its not i dont have any beauty product, in fact plenty, tapi aku jenis tak beria nak mekap pergi kelas. cukup bedak taknak bagi muka berminyak n lip balm.

pernah, there's a guy, had a nerve to talk to me, asking, " ko tak kisah ye puteri, kalau orang tak mengurat ko. aku tengok kawan-kawan ko semua cun-cun. ko @#!%*&* ke? ko tak terasa ke takde yang nak ngurat ko?"

hahahahaha;)

first of all, aku tak @#!%^*). nauzubillah!

second of all, yeap, kebanyakan kawan-kawan aku semua cun, meletup n kegilaan ramai pihak. selalunya, yang jadi orang tengah jugak aku.

3rdly, yeap, aku tak kisah. tapi bohong kalau tak terasa. cuma, aku tak penah nak ambil hati atau amik pusing dalam hal like this. i prefer that somebody get to know myself first dari suka kat aku on how i look. zaman dah berubah, betty la fea pun boleh jadi betty mamma mia! just a matter of time je.

that's all.
have a nice day;)


p/s..entri ni sebenarnya ditujukan pada a friend. enjoy reading dear!-if you're reading-

Friday, April 24, 2009

i'm feeling damn bored!

OMG

selamba je dak dak neyh duk reben-teben pasal underwear. isk..iskk..malu le sikit weh..aku ade nihh.

dunia, dunia, pe nak jadi dengan dunia ni??
gila.

i just watched a vid at my bro's blog, siyes aku takleh tgk video sampai habes. just like noremon, memang aku belasah maid tu kaw-kaw punya. how could she terajang that little girl sampai terpelanting all the way? dia teringin nak rasa benda yang sama kut? if nak, boleh je. penah tengok vid yang satu gal ni dihempap bata kat head? boeh je wat kat maid tuh.

aiyook. whatever you do, jangan la hurt budak-budak. aku tengok budak nanges pun tak sanggup. inikan kena sepak terajang.

semakin hari aku semakin busan giler kat sini. tiga paer final. gap untuk tiga paper nih seminggu lamanya. just finished aking CTU. lepas ni BEL. rabu depan. until that, apa aku nak buat??? boring siyal. sampaikan nak tido pun rasa boring. plan nak balik tapi cancel very last minute cuz ada keja yang perlu disiapkan. kalau tak dah ada kat perlis ni.

what happen la dengan wireless ni? mengada la.

dua tiga hari ni aku cam bad mood sikit. its nothing. cuma, kesabaran yang menebal makin hari makin nipis. kerenah manusia dah semakin annoying buat aku. get over yourself la. erghh.

uiks. time's up. gtg. nnt pak guard marah lak aku lepak lama2 kat sini. sebok je!

Saturday, April 18, 2009

what if?

what if i went the other way round?

what if, i didnt go to SMKAP, instead of somewhere else?
what if, i didnt take science and just pursue another?
what if, i stayed at polytechnic and still read marketing?
what if..

susah nak jawab persoalan 'what if' ni. cuz the answer could be anything. anything yang we expected, we dream or it could be the unexpected.

pernah jugak aku terfikir, pe yang jadi ngan my life if i choose the road i did not take? if look and turn back time, there are somethings that i would like to change but to think bout it again, i wont. if i change everything, it wont be the same as now. macam butterfly effect.

for questions above, here some answers i could think of and might happen:

question 1:
a) go to derma
b) go to boarding school
c) go to local school yang biasa-biasa

question 2:
a) taking accounting
b) go to technic school and take fashion
c) aliran sastera kut?


question 3:
a) dah jadik student sem 2
b) tengah happy-happy dengan member-member poly
c) insyaAllah, jadi exect marketing yang cumel;p

tapi jawapan kat atas ni, if only je.


its not i'm not happy here in uitm tapi bohongla aku tak rindu kawan-kawan kat poly cuz i'm close with them. we shared problems together. the whole class.

kat uitm ni, aku hanya close ngan fews. my roomates -fatin n akak zira-, classmates -seha, and the downtown gang- tapi that's it. tekanan projects membuatkan aku tak berapa nak bergaul dengan yang lain.

otw balik dari kl, noremon ada berkongsi cerita dengan aku. bila dengar, its like satu lesson. plus, when i got here in uitm, jadi pula satu hal. roomate aku 'clash' ngan bf-nya. lepas kena 'basuh' dengan aku, a friend of ours baru dia diam. tergelak jugak bila keluar dengan akak zira pergi beli barang bilik petang tadi, yang da cakap aku ni macam matang dari usia aku. dari segi thinking. little they know, aku dengan family, aku childish. mungkin dengan kawan-kawan jadi lain. huhu~

uiks
ada janji ngan somebody. gotta go!





Wednesday, April 15, 2009

sehari dua kat dunia luar

ada insiden yg berlaku, tapi let bygone be bygone
and i'll make sure, a great deal of assurance, yang it wont happen ever again.

bila ingat balik pun, aku fikir, mak aih, buat berani betoi aku ni!!

among friends, memang aku dicop member-member berani tak kira tempat. berani yang macam mana, erm, lets just say, berani yang banyak macam. entah mcm mana aku boleh jadi macamni, idk. but for sure, it wont happen again. as befores, benda yang 'berani tak kira tempat' aku buat, i never do it for the second time. the first is the last. and that's it.

to think bout it too, aku siyes agak fobia.

ok. end of topic. lets get into another.

selama aku kat umah abang aku ni, i used the time to tengok muvee yang cambest thanks to my bro's dvd collections. and historic boys wasn't bad all. mula-mula seems boring and confusing, tapi towards the end, it was aite. mind you, there's lot of lits,quotations and poems innit. the night aku n mak sampai -mak from perlis with makcik ani-, noremon brought us to jusco to look around. silap besar la bawak puteri noor liyana pergi tempat yang jual handbags, clothing and shoes. and memang silap pun, walaupun setengah jam dalam jusco yang besar tu, i managed to buy a CLEEF handbag, baju punjabi design pe ntah and an interior design mag. mekaseh mak, bagi duit malam tu.

mak just beli botol air kecil utk sepanjang she's in mecca. and noremon beli kasut sukan kat aku. hikhik. thanks to noremon too. at first dia choose kaler pink and i was like, pink?? #$%^^*&?! trust me, raid my room, you can only foundvery countable things i have in pink colours. even baju pun mostly in black. noremon pun beli rak pinggan. then, dia cakap, "jum balik, duk lama-lama, boleh muflis". hikhikhik. he was referring to me. huhuhu. memang satu kesilapan kalau bawak duit banyak-banyak, and take me out to shopping complex. even jusco pun, kalau ada baju, or shoes or handbags, memang kayap la anda pastu.


ermm.

there's a bad news. f**king s**t!!
nas had lost my drawing yang perlu hand in this friday. so, nak taknak, esok aku kena balik uitm. aku ingat nak extend sampai jumaat, tapi cant. pasal submission, i could ask a friend to hand it in. tapi sebabkan nas carelessness, damn it!! stupid tau! please la, kalau involve props orang lain, please take a great deal of care to it. barang-barang bukan hakmilik aku, even it was my bro's pun, aku jaga betul-betul. kalau props sendiri, lain citer r, plus, that's my assignment. dahla penat aku wat benda tu. susah tau tak!!!! tak kira, we'll see on friday. i know just what to do!

mak's leaving for umrah esok pagi. semoga mak pegi, ada kat sana and balik dengan selamat. aminn..


love story-taylor swift

part2 'introduce' me to this song


at first aku tak suka lagu ni. but i'm a listener. i'm just listening to the song, i listen to the lyrics. i've been meaning to watch the vc. oleh sebab after format, i lost my download devices and flash pun xda, n i was pretty blurr with the internet except a fews, aku just niat je whenever i could watch the vc.

sampai je aku kat umah abang aku kat serdang ni, aku terus buat catch-up pe yang patut. all the lost stuffs,vids, muvee and songs. getting thru emails too cuz wireless kat uitm perak agak sengal dengan yahoo mail. idky.

after watching the vid, it was nice vc. paling cantik is the dress taylor wearing time kat balkoni. siyes, cantik.
so readers, walaupun ramai dah tengok, aku nak letak jugak kat sini.






Sunday, April 12, 2009

dinner ID

dinner ID=melaram+food

theme | garden white

le gardenia | an evening in eden

tu la detail dinner ID. for me, the dinner was just fine. its good. but only good. meja for part 1 diletakkan nun jauh dekat dengan buffet table -tapi okay la cuz daging kambing bakar kami yang sapu- and jauh dari stage. so, at last, kami buat hal kami sendiri. siap ada photo session sendiri. gelak la. yan lain sebok fokus kat stage. tapi, what to do, how come we nak fokus sedangkan, meja jauh dari stage. whatever. pe pe hal it was good though. afterall, basically, dinner utk raikan part 6 yg dah nak grad pun. yang lain tumpang datang memeriahkan majlis je.

buat kat perkarangan padang. good decoration gak.

but part 1 this sem has planned to do the dinner outside campus. at hotel, perhaps. bukan pe, biar tempat yang selesa.

nyuu was named as princess of part1 and queen of the nigth.mau taknya, nyuu sewa baju kawen kat kedai. errr. xpe la. dia mampu and i went to the dinner pun just to have fun with my mates. aku ba styling ni agak lemah sikit. cuz, if u wanna have style, duit pun kena 'style' jugak la.aku pulak pasal duit, memang bermasalah. fo sho, semua jadi bermasalh tentang duit. i'm not damn rich like my other mates, macam nas, -bapak structural design pelantar minyak *kaya tuhh*-, macam nyuu, -bapak town planner kat kl-, tapi aku ok je. aku tak segan silu citer background keluarga aku. mak aku retired nurse. my dad is a retired officer. he used to work kat mahkamah. and now, dia bukak office sendiri as pesuruhjaya sumpah. lagipun, eventhough aku asal dar ujung dunia, ada benda yang aku lebih tahu dari minah and mamat KL.so, doesnt matter where you are, as along as you keep your eye open.tu je.

for dinner, i wore my own seluar putih, pinjam baju roomate cuz aku takde blaus putih, n kasut high heels-siyes high- syida -roomate seha my classmate+classmate fatin-, selendang itam kak nana belikan n beg yang fatin hadiahkan. simple. takdela OTT sangat. siyes simple je.

dinner abeh around 1 am. then, part 6 jadik giler. depa wat photo session sendiri kat tengah tengah jalan raya tuh. ahaks. wacky part6. good luck guys.

sorry, aku takde pics utk dinner ni. nnt aku letakkan

Thursday, April 9, 2009

study week+class BC+redo assignments=baik tak payah cuti

beep! beep!

got text from naim.

salam, catch amin on astro awani at 8pm tonite talking on the new cabinet. -naim- *like idk who's number was it (-.-)

i was redoing my play structure assignment as the review day is on the next day.

i literally awed for a while. uiks. how come noor amin masuk tv. live plak tu. whatever. 1950 hours, got out of my room and turun pegi tingkat satu to see if anyone using the TV lounge. gladly, no one's there. first time aku masuk bilik tv and using it for meself. then aku ask for astro remote from kak azza (ketua blok) tapi dia cakap dah ada oang amek and tak pulangkan. agak kesialan ye. kunun2 nak kuntrul remote tu la. hek eleh. tapi aku kan seorang yang relax, hikhikhik, i worked my magic and wallah! at exactly 8pm, there he goes, noor amin ahmad, my bro,an alumni of asean renaissance young leaders. i watch the programme for the whole hour, even yang eksaited nak tengok tv pun cancel cuz saw me watching the 'serious' programme. come-on la. takkan tengok awani global pun di-consider boring person? tapi memang aku jarang tengok pun. aku tengok cuz my bro ada. hikhikhik.

perhaps, nak tengok diari af kut. ahhh! pedulikkan. diari tuh taon depan pun ulang. aku nak tengok tv jugakkk!


aku tengah stress actually.

kenapa?

y?

que pasa?

limaza?



cuz banyak work yang tak buat lagi ni and jangan ingat final project dah abeh, keja laen pun abeh. oh noo. not for IDrs. we got lotsa works to do. cuti ni pun silap haribulan, dapat keja. aiyoookkk



p/s. tak sabar nak turun KL 14apr ni. dapat gak aku tengok dunia balik.

Tuesday, April 7, 2009

done with final projects, tunggu xm je


just done with the presentation.

here are some pics.

dr.halim suggest for me to improve my rendeering and anthropometrics scale. but others are cool and aite.


lega.
tiga hari aku habiskan fokuskan untuk buat semua ni. and i havent sleep since last nite. and this week, there's no way i can sleep soundly. banyak kerja till this friday, then, just relax and study for BEL,BC -building and construction-, CTU. then, cuti dua bulan. yeahhoo!!!

here they go!




hasil work aku..
kat bawah member aku punya which the whole ID's gelarkan bakal dekan ;p..
n some pics lepas presen
tation..

client | umaga ( rugby player )

client | valentino rossi

client | ronaldinho

client | diego maradona

client | dwayne johnson a.k.a the rock

client | roger federer




hasil penat lelah aku. whatever your says, aku tetap puas hati!!
boh layan komen2 tak best
komen yg cumel cumel je akan dilayan. huhuhu;)

tiga malam kt aku nggak tidur..LANSUNG!!
mane bantal? aku dah sangap bantal...;p

Saturday, April 4, 2009

national service and the memories

dianna danielle dilantik timbalan penghuluwati kem princess heliza,sepang??

OMG!

bukan jeles,dengki,iri hati dan segala yang berkaitan, tapi nak tak nak when people read the headline, still, the words come thru the minds are, " its bcuz of her p
opularity "

except, ngefans berat je yang deny kenyataan di atas

i was, too, been in National Service. my bro didn't think it was useful ( not only for me, but for everyone ),but instead was happening to me. i was glad -and still- joining NS. aku takde pangkat, and i've havent been awarded any rank or award while i was there. oh ya, aku bekas pelatih Kem Tasik Meranti Wang Kelian, Perlis, sesi 5/kump 1. selama dua bulan 11hari aku jadi wirawati kat kem tu. and i still remember everyone that i know back then -ini bukan dugaan, ini betul-betul-. nak mention, banyak sangat nama, n if aku missed mention nama, ade plak yang nak kena pujuk. hal pujuk memujuk ni bukan kerja aku.

setahun dah berlalu and i've to admit, i missed suasan
a kat plkn. we're closed with each other and aku tak pernah amik pusing dengan gals yang tak suka aku -ntah kenapa, perhaps sebab aku rapat dengan wira2 esp yang hensem2 dan yang depa suka- and true friends i got there.

aku dengan sorang rakan rapat masa plkn dalam planning nak buat reunion untuk batch kami, but since everyone's sibuk dengan study, and banyak dah fly ke oversea -yeah, batch kami byk budak budak pandai-, so, plan tertangguh. aku sendri tak boleh manage time aku den
gan workload yang banyak, inikan nak manage event. what's more funny, a friend from primary school asked me, when's the next reunion for SK Sena? i was laughing with myself. aku nak balik perlis pun agak susah, and if time cuti pun, its not like everyone would come.

tapi hopes yang nak jumpa balik semua friends, memang ADA. and i am looking for it.

aku teringat lagi time share maggi ramai2, jadik sentry malam2 -sentry la sangat-, kawad, macam lagi la. esp PT pagi yang mengarut. and not to forget, KJ yang wacky.

hahahaha. those times were unforgetable.

to my admirers, lupakan la aku ye ;p kawan je la. takyah nak admire2. bleh kan;p

uiks,i already forgot the lyrics of NS song. er..
yang aku ingat


'kami wira-wirawati negara'

hahahahahha

project ID for UiTM family day








Thursday, April 2, 2009

apa yg dah jadik kat dunia nih?

OMG?
WTH IS HAPPENING WITH THIS WORLD?

apparently i'm way missing things and news bout people around me except life roomate aku, and dear classmate. kalau dulu, i know what's evolving around me, sekarang, OMG, somebody!! keep me updated! err..adekah incek raafiq dah kapel ngan alynn?? konfermo-kan kat aku bleh? what's in, what's not? sound silly, tapi siyesly, aku dah tak tau ape yg jadi ngan dunia. kalau bush mati langgar tiang pun aku TAKKAN TAHU! come on people, text me will ya?? nak kata paper takde, aku maleh nak ngadap frontpage politik yang hangat sehangat katy perry skarang. wayeles kat bilik takde. duit kena bajet so, gi cc adalah satu pembaziran. ade laptop, siyes, sanggup ke ang ulang alik dari studio, pegi cemara, panjat tangga sampai tingkat tiga, turun dengan beban bertambah, patah pegi balik studio yg location dekat ngan pintu pagar utama while your block way back dekat ngan utan belakang tuh??? yeah, i can when i want, tapi LETIH siyal.

shut!


aku tengah struggle abihkan project final for ID. taking JIMI HENDRIX as my client, i supposed to design an apartment (with such limited space! again, LIMITED i meant for KECIKK!!) and i've proceed with plan,section and perspective layouts. cuma nak kna buat model je. tuff job man! dulu aku ingat, senang je, nah! padan muka amek ID lagi. tapi pe pe hal, aku boleh buat if i want to, rite?

huh-sighs-!!

aku tgh sengal ngan senior2 yg kacau schedule aku. time esok lusa ade submission, time tu la dia sebok nak mintak tolong itu ini. rakyat jelata kaum senior yang lain pegi mana?? its not like i dont want to help, tapi come-on a, aku dah serabut dengan kerja aku. ungku pun siap kata muka aku mcam serabut je. phew!! where have the bubbly puteri gone to??? WML-with hand gesture to go with it- *WHATEVER MAJOR LOSER


word yg aku paling takut sekarang ni ialah REPEAT! si
yes siyal aku taknak repeat. boleh jadi terok dari jiwa kacau tak tau. itu tak baik punyer!

aku tak sabar nak cuti dua bulan. dua bulan tu aku dah plan, i'll be not working, tapi aku akan prektis wat drawing perspective lebih better lagi, kumpul material tiles and stuffs yg berguna, adding ID mags to my fave mags list and lpak kat KL and try jadi kepoh gal kat mana2 firm ID. idk whether this will work, but its a plan fo sho.



here are some pics time ID NITE-RANTING! *bestest ID NITE so far
sume ngah giler publisiti
letih tapi best!

bryan|nasreen a.k.a ayen|me





that's all for now. =)

p/s. aleen? nak link camne, hyperlink pun nggak ada kok. ni alynn derma ke??


Saturday, March 21, 2009

alamakk!

aku tak sempat nak update blog. ni pun kebetulan aku curik men laptop member aku.

bout noor amin punya entry, sorry jep, tak dapat nak wat.

memang letih!! aku nak angkat laptop bawak pi studio pun tak mampu.
insyaAllah, dah lengang skit jadual aku, aku try update. pepe pun, tgk la dua bulan cuti nanti,aku update tiap2 hari!

*sorry kinah, aku telah cederakan kaki ang ngan skateboard mamat kiut nehh!!

blog nih takkan terhapus selagi adanya aku, cuma, aku tak dapat la hapdet tiap2 hari jep!

aku actually ada ID day hari ni. banyak gmbar aku nak upload tapi tak sempat. tunggu je la. sebakul aku buboh kat sini.

aku ngah final project utk ID. yg len pun sama except subject yg ada exam. yg tuh ada tiga minggu lagik nak final exam.kat sini aku tgk mamat hensem, aku macam takdak perasaan. kering gila hatikoo.
hahahahhaha.bukan aku tak suka laki, tapi relax arr. kat shah alam nnt lagi berlambak kut. hahahahha.



k. till then!takat ni yg aku bleh update!! sok2 la aku men laptop kat studio!!

Saturday, February 21, 2009

pelik

1:35 AM 2/16/2009

aku baru perasan, dah hampir 8bulan lebih aku tak tinggal kat umah. i mean, i am in college sedangkan aku terasa baru semalam aku berada dalam form 5. and i felt odd and weird, aku bertahan tinggal jauh dari rumah, living kat dalam hostel padahal, tinggal kat asrama adalah something yg aku amat-amat elakkan. and aku rasa weird when aku boleh harungi semua ni.

its not like i 'm homesick or what,tapi aku tak sangka, aku yang anak mak kat umah, yg selalu bangun lewat, malas nak wat kerja, boleh tinggal kat kolej and living life cam dak dak hostel yg lain.

all in all.
aku tetap rindu rumah. rindu my bed. my teddy. my MiMi. my BoBo. my bantal. mak. ayah. TV. dapur *aku suka masak tgh mlm*. aku rindu semua!!

studying ID, exhausting. BUSY!!
aku terfikir, celah celah kesibukan aku sebagai student, boleh ke aku kerap jumpa mak, ayah n keluarga aku cam dulu? yeah, i know that lambat laun, kita kena berpisah ngan mak n ayah, keluarga, tapi sejak kecik lagi, aku pasang niat nak jaga mak ayah aku.

nak tak nak, aku kena berdikari sendiri. cuma, as a daughter, yg bongsu and only one, aku nak dekat dengan family selalu.

i luv u mak, i luv u ayah, i luv u abg2, i luv all!


p/s.. akan ada entry utk abg amin. juz wait n see!!

Saturday, February 14, 2009

ape yang penting?

kerjasama?!

tu la yang selalu sgt dak dak kecik nyanyikan hasil dari pengaruh wonderpet. tapi, frankly, kerjasama memang penting especially melibatkan satu team. and right now, ape yg aku rasa?? aku rasa SENGAL tahap ba alif ba ya! aku jarang sangat dapat team yg ada rasa cooperation. kalau ada, jenis yang kena tunjuk things satu persatu. come on la! you're a grown up!

here's the thing.

first, aku n group aku diberikan task supaya siapkan satu model board dalam masa seminggu based on theme concept yg diberikan oleh lecturer. and i got GLOOMY living room. group dibahagikan mengikut group yang pergi time IKEA dulu. and ni la permulaan masalah. group leader team ni seorang skipper elas yg berjaya and tak involve langsung sal grouptask ni. satu masalah-kekurangan tenaga. load kerja untuk tiga member lain *including me* bertambah. aku jeles je tengok group lain macam takde masalah. masing2 involve.

then, lagi dua teammates aku cam ikut je apa yg aku buat. yeap, aku akui aku cam step in jadi leader. tapi sape lagi klu tak aku??

arghhhh!!!


Friday, February 13, 2009

hari i friday 13th. esok?

hari ni hari yg agak 'berhantu' gak la. kunun kunun bad luck. tapi ada aku pedulik?

esok?
esok seluruh pelusuk dunia yg ada couple mesti celebrate valentine kann?? tengah malam ni umet aku bercadang nak gayut ngan boyfriend dia. aku? aku bercadang nak tengok DVD as medium nak release tension.ok tak?

semalam aku jadik terharu cuz lepas few hours aku post blog, abg2 aku call aku. paham2 la kut. tapi klu difikirkan bab duit ni, mmg stress. bab makan aku tak pedulik sgt, baba beli brg nak buat assignment la. macam lecturer aku cakap, course aku ni, klu takde duit, kena adakan gak. klu tak mmg susah la.

aku tgh mencari lagu2 baru yg cambest nak dikumpulkan.

lagu pe yg best hah skang??

Thursday, February 12, 2009

melukis?

semakin banyak lak keje keje pelik aku kene wat.
kali ni..LUKIH GUNA CHARCOAL! subject matter aku=CARROT?

member aku, memang nak kena ngan aku

nas: lepas abeh lukih carrot tuh, agak2 puteri nak guna carrot ni watpe?
aku: wehhh!! kotoq tul pikiaq!!!

kalu paham dengan pikiran yg kotor tuh, memang munguks laaa.

aku tak start start lagi melukih ni haa. esok dah kena tunjuk kat lecturer. susah wehh. dengar memang cam senang. carrot, dak tadika pun leh lukih kan? tapi cuba jadi aku? jenuh woo. pasni kena siapkan model untuk interior ( theme space concept ). pastu kena siapkan sculpture guna dawai. terus terang aku nak menagih
simpati. abang abang aku yg amat menyayangi aku..

adekmu ni dah takde duit. duit makan+duit beli barang project assignment=beribu ribu lemon hengget.

so, pe kata wat amal jariah. seriban dolar pun jadi la. takpun seratuih. aku nak mintak kat mak pun kesian. haaaaaaaa. sob sob. (T_T). aku tgh menagih simpati rumet2 aku yg kayes kayes untuk menanggung makan aku. naseb la rumet jenis tak kesah punya. ALHAMDULILLAH. siap cakap lagi, nanti duit PT depa masuk, nak pinjam pun no hal. aku pun...err..*takkan nak hutang. tak terbayar nanti!

k la. aku nak pi sambung melukih. abang noikh, abg amen, kontek2lah adekmu yg kekeringan ini. jgn gitau kat mak lak aku kekeringan........







ni la keadaan kat studio penthouse. kami salu lepak sini memalam cuz ada ekon. huhuhuhu. studio part1 kat bawah. panas lagi kemarau kat bawah tuh. lepak sini lagi best.


nampak tak carrot aku tuhhh..hikhikhik

Monday, February 9, 2009

set! meja! makann!

6:23 PM 2/9/2009

saat aku menulis ni, aku tgh diserang selesema dan demam yang berpunca dari roomate aku. hikhikhik. jgn marah ye fatin, mmg ko yg start demam dalam bilik ni.

as i'm typing this entry too, i'm not surfing the net, i'm in my room, fresh after bathing and alone. idk y, but i think this entry gonna be long and many stories innit. i tried to compiled what's up with my life for weeks before.

set! meja! makann!
huhuhuhu. this is the name of my explorace group back when minggu mesra kolej were held days ago. boy i tell you, its really damn tiring pusing the whole campus trying to get to the next checkpoint and the seniors weren't helping. i mean some of them memain with us padahal they dont know a thing. kunun-kunun nak buli. LOSER!

hurmm. how did we get the name? the first task require us to solve a puzzle and we got the set meja makan puzzle. after few tasks, there's one task making us to perform our trademark. then, kat situ la tercetusnya idea guna puzzle first task as nama group. time explorace tu jugak, i ate telur mentah! busuukkkkkk giler! time tu kami nak cepat cuz we're leading and girls pun kena makan telur mentah tu. masing masing tolak menolak,aku naik nyampah. aku amek je gelas tu terus telan. memang cam sial je rasa telur kuning tu. nak termuntah on the spot tapi aku tahan. nasib ada ayaq. aku minum dua botol semata-mata nak hilangkan bau telur tu. memang busuk siall.then we had to drink sirap masin. time tu aku cam dah pasrah je ngan semua task tu. bengong tul. but all in all, kami champion!! tak sia-sia makan telur mentah tu. yea! yea! memang maveles la gropu aku. padahal tak kenal pun sesama sendiri task akhir baru taw nama. tapi kerjasama tu dari awal lagi dah ada. ape yang penting? KERJASAMA! wonderpet! wonderpet! hahahhaha.

assignment?
model board aku kena redo. buat balikk! aghhh! leh mati tuu! tapi nasib baik dateline lambat lagi. aku leh buat slow-slow. line for archi draft pun kena redo. tapi takpe, redo ada sebab. memang banyak keja giler ahh. semalam pun aku lepak studio part6, tolong syahir wat model dia. berkat tolong menolong senior ni, kita pun akan ditolong balik. skang aku dah taw nak wat model yang canggeh camner. cuma aku takleh la nak wat sorang2. susah! i admit that interior design SUSAH nak mati. for those yg teringin nak belajar ID, tapi tak sanggup berjaga malam, tak sanggup redo assignment, tak sanggup tak balik kampung, TOKSAH GATAI APPLY! aku pun tengah ejas diri dengan semua ni. dulu kat kulim boleh la balik perlis sekali sekala, tapi kat sini, kalau tak cuti lebih dari 4hari, tak payah la pi medan gopeng tu beli tiket. membazir!! especially utk dak dak ID laa. keja memang byk n semuanya mencabar pala otak. tapi ni kan pilihan aku, ni kan cita-cita aku, and if aku usaha, tak impossible aku sukses! dah la duit pun banyak pakai utk course ni. walaupun byk assignment, aku seronok kat sini cuz kawan-kawan pun byk tolong aku. takde la kedekut ilmu sangat.

to anie, memang lama lagi la ang nak jumpa aku. aku memang bertapa kat bumi perak yg duk bergolak ni sampai aku grad! rindu-rindula aku dari jauh. nak SMS? jgn harap! aku kat sini handphone cam tak hidup. aku bz sampai takde masa nak SMS. takat calling2 tu pun, tengok masa terluang.

ni pun aku baru lepas siapkan redo archi draft. malam ni nak sambung wat lettering lakk. esok malam, wat model utk archi draft! malam ni gak nak cari gambar research utk project ID. memang letihh jadi dak ID.

aku kat sini takde la culture shock sgt cuma aku still rasa weird bila tgk girls yg freehair. background aku kan pakai tudung, so, bila tengok sekomuniti manusia freehair, aku rasa pelik la plak. tapi aku okay je, masing dah besaq,lantakla. yg penting aku tak terpengaruh. lifestyle yg sosial kat sini memang toksah duk kata apa! memang uncontrollable sikit. ye la mak ayah takde nak kuntrul kuntrul, masing2 bebas la nak wat pe. takat kapel kapel kuar dating tepi longkang kat sini, scene normal je. dah basi dah pun.

worr, pening wehh. bangun pagi tadi aku mengegel sorg2. sampaikan fatin takut tengok aku. memang nyampah tul time demam ni. nak wat assignment pun jadi slow semacam.

haaaaSYUMMMMM!

dah la..
nak gi toilet.
till next time!


Thursday, January 29, 2009

yess..

ni yg buat aku syg dr naser nih..hahahahha

Wednesday, January 28, 2009

i owe u no more

1. Do you think you're hot?


er...agak2?





2. Upload your favourite picture of you...




sebab pe..err..ni gamba candid. huhuhuhu

3. When was the last time you ate pizza?

kat kulim, ngan member2 time dapat duit PT. huhuhu. we paid for own je ye.

4. The last song you listen to?

dealova-once. calleringtone maisarah. =p

5. What are you doing right now besides this?

print research n layankan je dak2 yg sebok nak men counter strike

6. What name would you prefer besides yours?

definitely not cik gigi. sape ntah start panggil aku 'poo'. takleh blah. noor amin suka tul nganjeng aku name 2

7. Manusia lain yang aku nak tag:

aku taktaw sape baca blog nih. sesape yg rasa dia telah di tag, redha je la ye.

2 je kuttt...

di mana dia wireless dr. nasir?

sila baca title ngan irama yg bersesuaian ye?

hahaha

worr..sengal dowh wireless takde. nak update antivirus pun susah. nak wat research pun susah. ni pun aku kat cc. dengan hiruk pikuk mengalahkan kejadian rempit, nak taknak aku kena la bersabar. dugaaann...

kisah kat bawah terjadinya semalam. all 4 of us went to aloq staq visiting kak beedah yang recently bersalin anak laki *name,mohd afif tahfiz* otw home, mak suggest makan luar. so cari punya cari kedai makan, akhirnya, makan kat perlih gak. punya la banyak ayah lalu kat kedai makan tapi satu pun dia tak singgah. so, our dinner last nite was basically a supper. mak pekena chicken chop, akbar pun sama. aku bedal nasik paprik feveretku n ayah lak makan sate.

tadi aku dah potong board yg nak dibuat structure tuh. aku igt aku yg ketinggalan, ghupe2nya member aku satu hape pun tak wat lagi. subject matter pun takde lagi. tahap kritikal tuh. tapi dia survive kut. huhuhuh

er..nak upload lagu amek masa. aiyookk..
dr nasirrr..balik la umah bukak wireless......

dah le. semakin tensi lak aku kat sini.

ye makk..

" mak, pu3 ingat nnt nak pakai Honda la,"

" hang belajaq la dulu. lukih kuda laut pun tak lepaih" ujar mak sambil melirik penuh makna.

aduhhh!
pedih woo kena ngan mak. hahahahha

ye mak. nak pi lukih la nih. dah susah sgt.

hahahah

p/s aku taw abg2 aku suka kisah nih.

Sunday, January 25, 2009

cuti seminggu..pe aku nak wat?

byk keje dowh!



igt cuti suka suki je? aku kena siapkan play structure inspired dari bentuk seahorse, draft untuk archi draft INA141, research utk play structure, sketch lagi. aiyookk..



nak layan tenet, dr nasir cam taw2 je aku duk guna wireless dia. sah2 sejak aku smpai kangaq, wireless dia tutop je. ni pun aku gagahkan diri nak update blog ngan penoh kesabaran cuz komputer slow tahap bengkek jiwa raga.



haa..



alang2 aku upload gak la dua tiga gambaq dak kelas wat tatapan.






ni gambar depan studio kami. yg putih2 tuh tahira, mak dia omputeh. yg baju kuning tuh, nyuu. sebut cam 'niu' ye. org klate yg duk kat kl. yg besaq tu, nas a.k.a boss aku a.k.a class rep. then shark yg kecik2 tuh. yg kiut tuh of coz aku. hahahahhaha




ID1A

kembar kelas pun nak nyebokk.


dlm klas aku ade kembar. epi n wan. keje nak ngarut je depa dua nih tapi both of them damn funny + kreatif.

balik umah jadi mati kutu jap. member2 byk tak cuti. ye la, name pun study kat len2 tempat. yg uitm pun, bz doploh pat jam. nak kuar minum pun cam keberatan punggong je. aku plak duk cari port wireless cuz nak wat keja research tuh. tgk la. klu maleh nak lepak kat KFC, aku lepak gak la kat cc.nak wat gena kan. huhuhuhu.

aku duk niat nak qada hutang tag noor amin kat aku tuh, tapi tu la pasal, nak men tenet lelama, komputer slow tahap ayam. nak wat pe2 pun menguji mental. wat noor amin, klu nak bg ipod pun okey gak. hikhikhik. aku dah takde hiburan kat kolej tuh. nak men tenet pun kene turun dari tingkat 3, pastu meredah beberapa blok bgunan, lalu kat uptown, cari studio yg sunyi sikit, baru leh men tenet. baru jumpa hiburan. tp tu pun nak youtubing takleh. sengal kann? pe tah lagi nak donlod lagu baru. aku hrp wakil mpp yg baru melaksanakan jnji2 mereka yg kunun2 nak letak wireless kat kolej.

dah le. duk stuck dua tiga kali komputer nih.

sebelom jadi pe2..baik aku publish dulu. klu tak sia2 je keja aku nih.

sayonara..

nnt aku gi cc @ kfc aku hapdet lagi ye.

p/s. kak dabelcis beger satu? ehh..silap kedai. perlih mne de mcd..



Monday, January 12, 2009

dah start dahh

aku mula merasai macamne sorang senior i.d penah storytelling kat aku.

tak tido malam.
idop aku semakin tensi.
duit semakin mengalir utk bahan2 assignment.
siang tadi je aku printing guna glossy paper+charge print= 27hengget. sekeping glossy paper tuh 2hengget 5posen. charge print kaler,2hengget. mahal siott! terbang lagi duit aku. memang costly giler course aku nih. silap hari bulan melantak biskut kering seminggu berturut2. pas balik bilik mlm ni *mlm ni aku teman fatin gi latihan menari lagi,sambil aku ber-wireless-*, aku akan mulakan keja2 buruh kasar *menggunting n menampal. insyaAllah dengan bantuan rumet2 aku yg baik lagi cumel, semua tuh akan disiapkan dalam sejam saja. huhuhu.

dari semalam lagi aku jeles je tengok dak2 depan aku ni menari. dah bape malam dah aku disogokkan dengan lagu2 tradisional+irama malaysia sambil goyang2 kaki layan tengok depa ni menari. lembut bebenor. hahahaha.

haaaa!!

aku ade brita burokk! lagi burok dari muka noor amin.
lagi burokk dari berok!

TIKET BAS HABISSSS! camne aku nak balikkk??????

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


jgn risau ye wahai abg2 aku! *noor ariff mesti kalut telefon mak n aku lepas baca nihh!

aku balik awal. which means, aku skip kelas hari jumaat 23rd january. aku dah inform lecturers, if its okay with them. tapi nmpak gaya, aku akan menderita minggu depan cuz klu ade submission for assignment, aku kena submit awal, and if ade project, perhaps aku akan ketinggalan dari segi maklumat. so now, i'm working on alternative ways to go home on friday nite instead of earlier cuz starting aku study kat poli, aku tak penah skip kelas. my attendance was full and aku demam n sakit pun time aku kat umah@weekend. so, aku rasa agak guilty, weird and cam ketinggalan klu aku skip satu kelas, cuz the subject on that day were quite important. lagipun, aku klu leh takmo left bad impression just because tiket nak balik habis. *btw, tiket from 23-27jan -to perlis,kedah,penang- HABIS! takkan aku nak tunggu till 28. aku nak duk mane. suma org balik. woorrrr.

salah aku, terlalu rely on hashim, kawan naim tuh. takpe, pasni aku beli sendiri. takmo suh mamat tuh belikan dah. dah la beli last min, he makes me skip classes lak tuh. takmo laaa. biar skema. aku datang sini nak belajar. bukan nak ponteng. tapi hashim pun beli tiket tanpa agreement aku on that particular date. alih2 dia cakap dia dah belikan. nak cancel pun, aku kena make sure aku ada tiket balik on friday or saturday. so, benda tu la aku tengah usahakan. maybe klu aku dapat, aku balik thru lumut. aku mintak tolong kawan aku carikan. insyaAllah dia cakap, ada, tapi tak janji. aiyook. masalh problem tul. urmm. jadi satu hal lak nak cancel tiket tuh, cuz nak collect refund, aku kena kuar ipoh, gi medan gopeng tuh. duit lagikkk.argghhh. tension aku pk sal kewangan aku nih.

nak makan duit, nak kuar duit, nak belajar duit, nak gi toilet public pun duit, semua duit. aiyaaaa.


bengongnyeee...


Saturday, January 10, 2009

ni bubu

dia laa kat sebelah aku skang nihhh. dak ekaun.



girls, what r u waiting for?? send in your resumes! hahahaha

update lagik!

ahaks.

leh addict aku cenggini.
aku sekalik lagik jadi bodigad fatin n teman dia gi latihan menari sambil aku melayan blog dan update stuffs yg agak 80tahun aku tinggalkan. hikhik. sebelah aku sekarang bubu. huhuhu. teringat aku syud namakan bear bf dia bagi, 'bubu'. hahahahha

alhamdulillah, assignment aku dah siap, cuma tunggu nak printing je. aku sebenarnya tak soba2 nak balik umah. bukan takat rindu, tapi nak kutip semua brg2 yg aku tinggalkan. err, by the way, aku taktaw aku ni ade tiket nak balik umah lum. huhuhu. incek rozaimi merangkap kawan naim cakap, dia nak belikan. so, nnt balik ngan dia. tapi tengok cam cannot be percayai je.

syok lak tengok mereka mereka ini menari. tapi malangnya aku takde la lembut mana kan abg2 ku??
tadi ayah cal. ayah demam. ciann. hope he's doing fine. takpe2. demam rindu kat aku kut. uicehh. perasaann..

aku kekurangan t-shirt. aiyook. keja studio takkan la nak pkai baju kurung. lari tajuk tuh. beda bebenor ngan time kat poli dulu. time kat poli byk guna baju kurung. kat sini, t-shirt lak.

semalam time aku ngah cari bahan untuk assignment, aku kena serang dek sorang girl yg agak sengal. dah break ngan bf pun cari pasal ngan aku lagik. selambe dia je cakap aku ni perampas. igt aku nak sangat ke kat x-beau dia tuh. amek laaa. ada aku pedulik? mangsa masalah rumahtangga tul!

nasib baik aku ni agak sabar. maleh sebenarnya aku nak melayan minah psycho cenggitu. menyusah idop, mengabeh kredit n buat serabut pale otak. so, biarkan dia psycho sorang2, n aku teroskan bergumbira di samping orang tersayang. hahhahahah.






Friday, January 9, 2009

dunia luar dan aku

urm..
pe la dah jadi ngan dunia luar agaknya ya?

honestly cakap, biarpun ber-laptop, aku masih taktaw pe jadi ngan dunia luar sekarang. klu brad pitt jadi pondan pun siyes aku takkan tahu melainkan ada orang yg bagitaw aku. kat sini susah nak usha tv. bilik tv kat ground floor and senior yg byk conquer. aku lak nun jauh melambai dari tingkat atas.

aku baru beli paper utusan *tu je yg jual..iskkk* and hairan gak aku, keganasan melampau israel baru nak ditunjukkan sekarang? its a bit too late cuz palestin dah lama menderita. tapi mmg sedih giler la aku nengok gambar2 budak2 kat frontpage tuh.

skrang, aku kat fakulti AD *art design, teman fatin practise menari.sambil2 tuh, aku bukak wireless. dapat la aku hapdet sikit byk.
nak tgk fatin???






ni la fatin. rumet aku merangkap budak akaun n bestfriend aku kat sini. ada lagi rumet2 aku, tapi buat masa ni takde la gambar.
nnt aku upload le lagi ye. buat abg2. mintak maaf. she's not available. ahaks.
k laa. aku ada assignment nak diselesaikan. esok2 la aku update lagi.

tata

Thursday, January 8, 2009

setelah two weeks

sejujurnya, aku mula ingat rumah dan POLI.

ingat rumah sebab banyak jugak benda yang berguna aku tinggalkan, dan poli pulak, aku rindu kawan-kawan aku. kadang2 setan menghasut, mengingatkan aku yang aku 'ketinggalan'. kalau kat poli, aku sudah melangkah ke semester dua walhal aku di UiTM mengulangi junior year aku. but, worry not, aku masih dengan keputusan aku. ini cita-cita aku. apalah sangat berkorban untuk impian?

oh ya!
aku baru jumpa wireless kat sini. rupa-rupanya, uitm tak menyediakan wireless sekitar kolej kediaman. ini pun kebetulan aku di fakulti, sedang menyiapkan asignment pertama aku.

aku mula merasai wang banayk mengalir keluar dari kocekku. barang2 untuk course aku tak dapat aku deny, mahal giler!! semalam saja RM350 dah melayang memebeli tools untuk kegunaan dalam kelas. well, aku ingat nak survey for more cheaper and quality tools, tapi lects mula bagi tempoh untuk beli barang2 tuh. aku dapat tempat dalam group ID1A. group yang pada aku, kewl dan best. i'm the assistant of the class rep. hahaha. dunno why i got chosen but nas said (nasreen, he's the class rep) he saw me as someone yang boleh diharap and responsible. am i? ahahahah.

banayk entry blog yang aku selalu read, terlepas. nak review baik, i dont think now's the time. nnt2 laa. atau biarkan berlalu. lagipun aku masih owe a tag from my bro. bukan pe, aku still takleh nak kumpulkan jawapan2 yang sedap dibaca untuk tatapan pembaca blog ni. * ade ke orang baca??

banyak schoolmates aku tak tahu yanga ku dah enrol as student of uitm perak. huhuhu. memang tak ramai yang tahu.

ok. that's all aku leh type for this entry.
sebenarnya banyak yang aku nak luahkan. but, i'm running out of time.

perhaps later. SOON! insyaAllah.

aku cuba curik masa yang ada.

p/s : congrats utk dak2 dpr1A. result korang mmg mbanggakan. esp ayeh. strive for anugerah pengarah ye guys!

Wednesday, January 7, 2009

aku kat uitm..

ni journal yg sempat aku type while aku free and tak dpat wire elss spanjang minggu orientasi.
nnt aku update-kan lagi insyaAllah. aku makin bz dan khidmat wireless agak mnyengal-kan sanubari aku..

minggu mms

10:53 AM 12/27/2008

if i said this, perhaps the friends whose now are in their second semester would say "what!?". guess what? minggu MMS ni (minggu mesra siswa) 4 hari je. normally, dibuat seminggu. so, tak terok sgt la 'penderitaan'ku.

ahaks. as i'm typing this, it's my second day here. yesterday we only register for our college and guess what, i got the second most far college ever! gosh!! nasib tak dapat blok melati. klu tak, mati aku! dah le jauh nak menapak. i got kolej pasir salak and currently sitting exhaustedly typing this entry in room c339 of blok cemara. yeah, talking bout number 3. tingkat atas sekali wehh! dah jauh menapak, nak naik tangga lagi. bingung tul!tp aku bersyukur laa. alhamdulillah.

so far so good. senior2 pun takde yg bengkek2 lagik. klu ade pun pe aku pedulik. aku rilek je dtg sini. tp byk gak la aku terlupa nak beli. sabun cuci baju, penyepit baju, ala benda yg simple2 tuhh. lupe ghaib bak kata mak aku! nnt la aku gi cari kat koop. ermm. dalam bilik aku ada 4org. 2 dari perak (ipoh, manjung*dekat jee), sorang dari alor star, sorg lagi, yg kiut2 tuh, dr perlis * aku le tuhh=p. aku ok ngan rumet2 nih. aku agak rapat ngan si ipoh gal ni (fatin) n dak manjung sorg ni (nasiha). bukan pe, yg dari alor star tuh senior. maksud aku, dia amek ijazah lepasan stpm. so, senior la gak kann? tapi part 1 gak laa. umo pun sama ngan naim. tp aku nak kemana2 ngan fatin. ntahla camner leh rapat. ada ciri2 nokia kut, connecting people. ahaks!! kat sini gak i found out yg one of the clown kat plkn, isa pun got into uitm for this intake. we're under the same faculty somehow he's taking perancangan bandar and i'm i.d. bilik sebelah aku minah2 KL *agak kerekk la pd pandangan aku yg under same faculty gak -asal ramai bebenor amek dip kat fakulti senibina perancangan dan ukur nih?- bilik 338. lawa la gak tapi kerek semacam and yg paling tak bestnya, nama putri gak. putri mayangsari. *cam kelentong je -aku tak pedulik! nyebok je nak letak putri gak!- ahaks! freehair n looks like she's only mingle wif her types only *beautifool gals, kerek n silver spoonfed. mmg la takleh nak judge people just like that, but as far as i concern, she's late bila nak kena gi memana, n tak reti senyum. dah tuh, bila tego dia cam tak ikhlas je rep. tapi, for me, who cares? lantak ko la! ko nak idop cara tuh, idop la! pedulik pe aku. hhuhuhuhu.

this morning, senior2 *cam sunio doremon la plak bwk kami gi register kat dewan sri iskandar. the hall is not big as fatin and i were expected. kcik je. tapi kawasan uitm ni wide! jenuh nak menapak ke sana kemari. giler penat memanjat tangga, nak kena jalan lagi. aiyookk.penat je laa. kuruih laa!!!

kat sini tak taw lagi environment camner. ifah once told me yg uitm sri iskandar ni one of uitm yg sosialnya agak terok. aku tak taw la. nak judge pun, things tak happen lagi. so aku mintak aku tak terjebak la. senior pun ada storytelling yg mlm2 kat uitm ni mcm siang je. 12-2pg tuh meriah sama cam siang. tapi pagi 8-10 tuh sunyi je *phm2 la -aku tergolong ke? huhuhu-
tapi pada aku mana2 sama ja. its up to us to make our life worth living. nak melingkup ke, nak pe ke, atas diri sendiri. kwn2 gak, tp jgn too much terikut. yg mna baik, amek, yg buruk2 tuh, buat jadi teladan. ye x abg amin??

dulu kat poli, sosial pun agak terok, cuma dcover cuz duduk dalam kamsis. klu yg terkawal environment-nya pun dah terok, inikan yg freedom diberi sepenuhnya. tp insyaAllah, aku masih kuat pegangan. aku pun masih berhati2 pilih kawan baik dimana aku tercampak. alhamdulillah, so far, kat mana aku tercampak, kwn2 aku semuanya kategori baik dan cumel2. jenis takde pengaruh buruk laa. i admit that i'm a social person. i mingle wif every person i knew, boys or girls, races and religions. cuma dalam mind aku, aku mmg dah setkan, mak, ayah n famili. tu nama yg aku bawak bsama2 ngan aku. so, i've got to take a very good care of them. setakat ni pun, sepandai2 aku menjengah ke dunia cinta,* yes! i'm a teenagers and aku punya perasaan dan keinginan* aku tak penah kuar dating atau pegang2 tangan. kuar ngan member byk laa. so, i think i want to remain all of it the same way before.

skarang dah di universiti. different syles, different survival. in God's willing, i'll fight! fight to survive.

so, wish me luck living here. kali ni baru rasa balik kampong betul2. sekadar cadangan, klu cuti dah sekali, pe salahnya klu abg aku yg tersayang tuh meh amek adek kesayangan hangpa nih kat sini bawak balik perlih sama2? hahahahhaha


p/s. byk giler student pakai celcom! maxis aku nak letak mana???